Ingin dapatkan info jawatan kosong di Telegram? Klik Disini

Jawatan Kosong MPKlang

Jawatan kosong kerajaan di Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) terkini Disember 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan yang berikut:
(Keutamaan diberi kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan)

Jawatan Terbuka MPKlang

1. Jururawat Masyarakat Gred U19
2. Pemandu Kenderaan Gred H11

Jawatan Dalaman (Kakitangan Majlis Perbandaran Klang)

1. Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
3. Penghantar Notis Gred N11

Tarikh Tutup Permohonan 24 Disember 2019
Lokasi : Majlis Perbandran Klang, 41675 Klang, Selangor.
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong MPKlang. Tarikh Tutup Permohonan 24 Disember 2019

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i. Permohonan hendaklah melalui borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00 atau melalui Sistem Pengurusan Sumber Manusia (SPSM) dengan melayari laman web www.mpklang.gov.my.

ii. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan yang telah disahkan daripada salinan asal.

iii. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) yang telah diakui sah.

v. Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan.

v. Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

vi. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

SYARAT PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555 sambungan 1512 /1510.

Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini

Post a Comment

© Job Vacancies . All rights reserved. Developed by Jago Desain